SELAMAT DATANG KE BLOG BIRO PENERANGAN DAN PUBLISITI PEKAP....SALAM 1PAHANG DAN SALAM 1MALAYSIA..!!

Tuesday, March 2, 2010

PENERIMA DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT

Seramai 165 terima darjah, pingat
PEKAN 27 Feb. - Pengarah Eksekutif Pelaburan Khazanah Nasional Berhad, Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin mengetuai senarai 165 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Ke-79 di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Tunku Mahmood Fawzy dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) yang membawa gelaran Datuk oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Turut dianugerahkan DSAP ialah Pengarah Alam Venture Sdn. Bhd., Datuk Anuarul Aini Mohd. Perai.

Berangkat sama ke majlis penganugerahan darjah dan pingat tersebut ialah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Dubaiz International Shipping LLC, Datuk Paduka Dr. Rusli Zaman mendahului senarai 57 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima DIMP lain ialah Ahli Dewan Negara, Senator Zaitun Mat; Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Raslin Abu Bakar; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Mohd. Sani Mistam; Naib Presiden Kanan Bahagian Kewangan dan Pemprosesan Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Mohd. Nizam Zainordin; Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian, Sabtu Slamat; Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Sabariah Hassan.

Antara yang turut dianugerahkan DIMP ialah Ketua Wanita MCA Pahang, Lim Nget Yoon; Ketua Pegawai Eksekutif Evegreen Manufactures Sdn. Bhd., Sivakumaran Balan Nair; Pengarah Kumpulan Korporat dan Perkhidmatan DRB-HICOM Berhad, Khalid Abdol Rahman; Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir. Zainor Rahim Ibrahim; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Ja'far Mahad; Pengarah Kewangan Kumpulan K -Link International Sdn. Bhd., Khor Kah Kheng dan Pakar bius Hospital Pakar Kuantan, Dr. M. Jeyasingham.

Pada majlis istiadat tersebut Tengku Abdullah turut berkenan menganugerahkan darjah-darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada lima penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada sembilan penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (9) dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) (25).

Sementara itu, 10 orang pula menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (10) dan Pingat Jasa Kebaktian (38).

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

RAKAN SELURUH DUNIA:

Followers

ANDA PELAWAT KAMI YANG KE:

FEEDJIT Live Traffic Feed

Search This Blog