
Pertandingan ini diadakan dalam TIGA KATEGORI iaitu, Kategori Berkumpulan, Individu dan Kategori Kumpulan Ceria. Hadiah disediakan untuk LIMA yang terbaik daripada setiap Kumpulan kecuali Kategori Kumpulan Ceria kami memilih cuma SATU pemenang sahaja akan menerima Hadiah. Pemenang Hadiah Kumpulan Ceria pada Tahun ini di menangi oleh Pasukan Bukit Bangkong Kg.Budu(Pengurusnya Sdra Mohd Zaili Yusof)daripada Daerah Lepeh, kemenangan mereka telah di adili oleh YBhg Datok Razak berdasarkan kepada keceriaan ahli-ahli yang terjalin semasa bermain bermula drpd jam 2.45 ptg hingga tamat permainan jam 6.00 ptg.
Bagi pihak YDP (Datok Sulaiman) dan AJK serta Urusetia komeh merakamkan berbanyok2 terima kasih lah kepada demeh seme sebab sudi menyertai Pertandingan ini, kepada yang berjaya komeh ucapkah Syabas dan kepada yang tak berjaya, demeh cubalah lagi tahun depan..yeekk...Kita akan buat lagi pertandingan macam ini...Inshaallah.
Menurut kata YDP dan AJK program ini amat berjaya kerana mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun ianya baru pertama kali dibuat terutama sambutan drpd Anak-anak Remaja Pahang (Lelaki & Perempuan) yang berkerja di Kuala Lumpur, Kuantan, K.Lipis, Temerloh, Pekan, Seremban, Melaka dan lain-lain Bandor yang dapat hadir.
YDP dan AJK bercadang dalam masa terdekat ini akan menganjurkan Pertandingan FUTSAL PERSAHABAAN antara Ahli-ahli PEKAP, yang dijangka akan disertai oleh Pelajar Anak-anak daripada Universiti IPTA dan IPTS, NGO's, Agensi Kerajaan, Berkanun dan Swasta berasel daripada Negeri Pahang Darul Makmur. Kami akan memaklumkan cadangan ini apabila tarikh dan tempatnya diperolehi dan ditetapkan.
Webmaster:
I...BRA.
No comments:
Post a Comment